Mayat seorang lelaki ditemui pada gear roda pendaratan sebuah pesawat South African Airways di Lapangan Terbang Antarabangsa Washington Dalles.
Menurut satu kenyataan daripada pihak berkuasa lapangan terbang, mayat lelaki dewasa itu ditemui pada pukul 1.30 minit pagi waktu tempatan.
Mayat lelaki itu ditemui oleh krew lapangan terbang yang mengendalikan pendaratan pesawat Airbus A340 itu.
Polis lapangan terbang, bomba dan Biro Penyiasatan Persekutuan FBI turut berada dilokasi kejadian bagi menyiasat insiden itu.
Pihak kastam dan pegawai perlindungan sempadan juga turut dipanggil ke tempat kejadian.
Bagaimanapun, insiden itu tidak memberi kesan terhadap perjalanan operasi lapangan terbang.