Pemilihan PKR zon Timur dan Sarawak yang bermula Sabtu kecoh dengan macam-macam cerita termasuk mengundi dalam bilik hotel dan perwakilan yang mencurigakan.
Di Batang Sadong Sarawak, Jawatankuasa Pemantau Pemilihan PKR menyerbu sebuah bilik hotel berikutan aduan kes beli undi di mana semua kertas undi ditanda secara berkumpulan.
Selain di Batang Sadong, wujud juga kekecohan di kawasan lain memaksa ada yang ditangguhkan proses pengundian ke tarikh lain.
Di Pahang, gara-gara rumah kediaman dipilih sebagai lokasi pengundian, pemilihan PKR Cabang Paya Besar terpaksa ditangguhkan akibat bantahan daripada kepimpinan cabang itu sendiri.
Ini berikutan pemilihan rumah seorang aktivis yang terletak di Permatang Badak di sini yang dijadikan lokasi pengundian oleh PKR negeri dilihat tidak bertepatan dengan kedudukan PKR sebagai sebuah parti nasional, sekali gus boleh menjejaskan imej.
Selain Paya Besar, pengundian PKR Cabang Jerantut yang sepatutnya berlangsung di sebuah restoran di bandar itu turut ditangguhkan atas sebab masalah teknikal yang difahamkan berkaitan dengan kelayakan salah seorang calon Ketua Cabang, sekali gus mengundang bantahan daripada ahli.
Pemilihan kali ini sepatutnya menyaksikan pertembungan satu lawan satu bagi merebut jawatan Ketua Cabang Jerantut antara Saroni Tomiran dengan Razali Isnin.
Bagi 12 lagi cabang parti itu di negeri ini, proses pemilihan dapat diteruskan walaupun terdapat beberapa insiden kecil yang rata-ratanya melibatkan kelayakan ahli, namun tidak dianggap sehingga ke peringkat menjejaskan kelancaran proses tersebut.
Antaranya di Cabang Kuantan, apabila seorang individu membuat bantahan terbuka mendakwa tidak dibenarkan mengundi sedangkan nama beliau berada dalam senarai ahli yang layak memilih.
Difahamkan individu terbabit dibatalkan kelayakannya disebabkan telah mengumumkan keluar parti dan bertanding tiket Bebas dalam pilihan raya umum lalu.
Sementara itu, menurut Pemangku Ketua Cabang PKR Paya Besar, Arman Abd. Rashid, pihaknya bertegas untuk tidak meneruskan pengundian di lokasi tersebut yang ditukarkan pada saat-saat akhir iaitu dua hari menjelang pemilihan kerana yakin akan timbul masalah lain jika diteruskan.
“Saya telah mencadangkan kepada Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) supaya pemilihan diadakan di pejabat PKR Ranting Taman Tas di sini yang juga pejabat sementara PKR Cabang Paya Besar.
“Keputusan Ketua Koordinator Negeri, Ahmad Shahbudin itu saya lihat akan menyebabkan beberapa masalah jika diteruskan seperti logistik, pengagihan tugas dan persiapan tempat, jarak perjalanan dan paling utama adalah rumah individu yang sangat tidak sesuai dijadikan pusat pemilihan,” katanya di Kuantan, Sabtu.
PEMILIHAN PKR: FUZIAH SALLEH DIDAKWA HALANG AHLI MENGUNDI
Tindakan Ketua PKR Cabang Kuantan Fuziah Salleh yang didakwa menghalang ahli daripada mengundi dalam pemilihan parti semalam akan ditentukan oleh Jawatankuasa
Pemilihan Parti (JPP) yang diketuai Datuk Johari Abdul.
Ketua Penerangan PKR Pahang, Razali Alias berkata, pihaknya tidak mempunyai kuasa mengambil tindakan ke atas kes itu.
“Kita serahkan kepada JPP kerana mereka yang mempunyai kuasa dan bertanggungjawab dalam kes tersebut.
“Mereka (JPP) mempunyai kelayakan dan berkuasa, kita tengok nanti,” kata beliau ketika dihubungi.
Fuziah yang juga ahli parlimen Kuantan didakwa menghalang ahli PKR daripada mengundi dalam pemilihan cabang Kuantan yang diadakan semalam.
Razali berkata, ahIi PKR yang dihalang itu ialah Mohd Shukri Mohd Ramli, bekas calon bebas kerusi negeri Semambu.
Beliau merupakan bekas ahli PKR Kuantan.
`Calon bebas’
“Fuziah bertindak kerana Mohd Shukri telah menjadi calon bebas telah dipecat dari PKR. Mohd Shukri melanggar perlembagaan parti kerana menjadi calon bebas dan menentang calon PKR.
“Bagaimanapun, tidak ada surat pemecatan dikeluarkan kepada Mohd Shukri. Senarai pemilih menunjukkan namanya masih ada,” kata Razali lagi.
Sementara itu Mohd Shukri berkata, beliau dihalang dan dihalau dari membuang undi di Pejabat PKR Kuantan.
“Soal saya masih PKR atau tidak bukan Fuziah yang tentukan tapi JPP,” katanya dalam blognya.
Mohd Shukri menambah, seburuk-buruk SPR, mereka tidak pernah halang pengundi berdaftar mengundi.
Katanya, semakan di kaunter nama saya masa ada wujud dan layak mengundi.
“Kalau saya tanding bebas pun, ramai lagi yang tanding bebas dan masih ada nama dalam parti.
“Kat cabang Indera Mahkota ada yang dah declare (isytihar) masuk Umno, MIC dan lain-lain pun dibenarkan mengundi tadi.
“Tapi di cabang Kuantan, Fuziah halau saya, dia calon bukan JPP. Fuziah dah langgar peraturan dan saya akan bawa isu inikepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk tindakan selanjutnya,” tambah Mohd Shukri.
PKR : Semoga penipuan di Sarawak ini tidak disapu ke bawah karpet hendakNya
Dari blog pro PKR – anak sungai derhaka
Setiap kali bila Pilihanraya menjelang tiba atau ketika Pilihanraya akan berlangsung, isu penipuan dalam Pilihanraya akan kita bangkitkan…Dari pengundi hantu hingga kepada senarai pengundi yang menimbulkan berbagai keraguan pasti akan diserang habis-habisan..
Malah serangan yang bertali arus terhadap SPR dalam isu satu alamat 88 pengundi sebelum PRU13 yang lalu telah menyebabkan pihak SPR menutup laman semakan pengundi buat sementara waktu..
Tetapi… biarpun pihak kita menunjukkan kemarahan malah menuduh SPR bersekongkol dengan UMNO/BN untuk kekal berkuasa, kita juga turut menipu..
Tidakkah ini namanya HIPOKRIT??
… Hasil dari maklumat ahli, pasukan pemantau PACA TS Khalid Ibrahim telah menyerbu sebuah bilik di Hotel Seng Chong, Simunjan Sarawak yang telah dijadikan tempat membuat undi untuk pemimpin tertentu.
Ketika pihak PACA Tan Sri Khalid Ibrahim mengetuk pintu bilik hotel tersebut mereka yang berada didalam enggan membukanya dan dalam masa yang sama kedengaran dari luar keadaan kelam kabut didalam ..
Setelah beberapa minit barulah pintu dibuka, dapati seorang anggota parti dari Hulu Selangor yang dipercayai telah memangkah kertas-kertas undi dan dimasukkan kedalam sebuah kotak.
Kejadian ini telah berjaya dirakam dan sudah pun dimaklumkan kepada Pengerusi Jawatan Kuasa Pemilihan Pusat Dato’ Johari Abdul sendiri.
Pihak JPP berjanji sungguh akan buat siasatan dan tindakan sewajarnya. .. Sehingga artikel ini di tulis calon no 3 Tan Sri Khalid Ibrahim sedang mendahului.
Berikut adalah laporan dari Zakaria Ab Rahim Calon MPP dan Counting Agent Batang Sadong..
Salam Dato, saya selaku calon MPP No 2 dan Wakil Calon Timb Presd no 3 dgn ini membantah keluruhan proses pengundian SELURUH JK Pusat di Cabang Batang Sadong kerana berlaku penipuan dan manipulasi undi dan ditangkap red handed beserta 3 org saksi,
1. Dr Shan calon Naib Pres no 5,
2. Sdr Zaidi Amin, AJK Cabang Santubong
3. Sdr Roydaney Mohd Hossein, Timb AMK Petrajaya.1. 90% kertas undi tak berlipat
2. Jumlah kertas undi keluar, dlm peti undi dan nama dipotong dlm daftar anggota berbeza
3. Dijumpai buku senarai 20 nama pengundi yg hadir tetapi:Kertas undi keluar – 285
Kertas undi ditanda – 273
Jumlah nama dipotong – 238Pohon digantung pengundian Batang Sadong dan pegawai JPP ditarik balin serta Ketua Cabang Btg Sadong diambil tindakan disiplin krn berkonspirasi.
Zakaria Ab Rahim
Calon MPP dan Counting Agent
Batang SadongSemoga penipuan ini tidak disapu kebawah karpet hendakNya..