KOTA KINABALU: Satu puncak Gunung Kinabalu dikenali sebagai Donkey Ears Peak, patah akibat gempa bumi 6.0 pada skala Richter berpusat di Ranau, pagi tadi.
Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Masidi Manjun, ketika mengesahkannya berkata, ia dilaporkan runtuh sejurus gempa bumi berkenaan yang berlaku pada jam 7.15 pagi tadi.
Donkey Ears Peak adalah antara tujuh puncak tertinggi di Gunung Kinabalu selain Low’s Peak, St John’s Peak dan Ugly Sister Peak.