Husni harus jawap segera dakwaan tentang projek RM2 billion yang didakwa. Apakah itu puncanya Husni menyerang Najib?
https://pakdin.my/dua-bilion-sebab-mengapa-husni-menyerang-najib-semalam/
Ada orang kata jika soal jawab berkenaan 1MDB harus dilakukan, maka ahli panel yang wajib di jemput adalah Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.
Dia adalah bekas jurucakap 1MDB, dia menjawab segala persoalan tentang 1MDB. Sekarang dia pula tidak faham pasal 1MDB. Bukankah itu suatu cerita kartun?
Kalau di radio, ada rancangan anda tanya, ustaz jawab. Kalau ustaz itu yang bagi jawapan kemudian dia sendiri tanya balik soalan pada jawapan yang dia telah beri tentunya itu suatu cerita lawak.
Lawak itulah yang sedang berlaku di parlimen. Husni jawab, Husni tanya.
Kalau ada forum pasal 1MDB, biar hanya ada 2 kerusi untuk Ahmad Husni. Ini kerana selepas dia memberi soalan, dia harus duduk di kerusi lagi satu lagi untuk memberi jawapan kepada soalannya sendiri.
Ini katanya kesemua soalan yang diajukan pernah dijawab oleh seorang Menteri Kewangan yang bernama Ahmad Husni di satu waktu yang lalu ketika dia menjadi Menteri kewangan 2.
Jadi pendek kata, untuk jimat masa dan tenaga biarlah Ahmad Husni menjawab kepada soalan Ahmad Husni sendiri kerana dia pernah berada di kerusi memberi jawapan kepada semua soalannya.
Pada isu yang sama seorang penulis dari Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin ada mendakwa bahawa serangan Husni adalah atas sebab kecewa kehendaknya tidak di luluskan oleh Datuk Seri Najib, maka atas sebab kekecewaan itu maka serangan pun dilakukan.
Dalam serangannya terhadap isu 1MDB, Husni seolah olah “blur” dan tidak tahu apa apa ketika menjadi Menteri kewangan.
Jika beliau tahu dan rasa urusan perniagaan 1MDB yang dipolitikkan itu satu benda salah, maka seorang yang bermaruah dan memiliki integriti akan meletakkan jawatan demi mahu selamatkan negara dan bangkitkan kebenaran.
Namun hal itu tidak terjadi, beliau terus memegang jawatan yang diambil atas sumpah dan kemudiannya pula memberitahu DS Najib beliau akan meletakkan jawatan jika dialihkan ke kementerian lain.
Amat pelik bunyinya. Sambil kononnya tahu ada kepincangan tetapi mahu terus berada dalam kementerian yang sama.
Betul juga orang kata jika seseorang berkata dia mahu selamatkan negara, maka kena diperhalusi sebab sebabnya, tentu ada udang sebalik mee kari.
Tun Mahathir , TS Muhyiddin, Shafie Apdal dan Mukhriz semua pun mahu selamatkan negara, namun akhirnya negara yang terselamat dari mereka kerana kemudian terbongkar hasrat tersulit dan agenda tersirat Tun Mahathir dibelakangnya.
Tiada lain melainkan rebutan harta, dan mahu kuasai negara atas sebab kroni, zuriat dan projek berselimutkan dengan alasan mahu selamatkan negara.
Ribuan anggota Polis dan tentera pun hendak selamatkan negara juga tetapi tidak pun membuat onar dan mencari populariti seperti mereka ini semua yang sudah pun kaya raya dan boleh membela 7 keturunan mereka.
Kepada dakwaan yang dibuat oleh RPK secara bertulis, Husni haruslah bangun menjawab kerana jawapan yang diberi tidak terikat dengan ikatan sumpah.
Sedangkan kerja dan tugasan menteri kewangan sudah terikat dengan sumpah menggunakan nama Allah. Jika Husni pilih untuk membuka segala rahsia kerajaan maka tanggung lah pecah amanah sumpah dan memperkecilkan nama Allah ketika bersumpah.
Kepada orang yang katanya mahu belajar agama ke negara Jordan tentu asas agama boleh membantunya bahawa melangar sumpah janji adalah satu dosa besar dan tanda tanda orang munafik, apabila berjanji dia tidak amanah.
Berat nanang dakwaan RPK, kerana punca marah adalah kerana rebutan harta bernilai RM2 billion.
Harta berbentuk “extension projek highway” seperti yang didakwa RPK di MT, adalah yang diminta oleh Husni namun apabila dibatalkan dan tidak diluluskan, maka dari situlah kemarahannya bermula hatta serangan terhadap 1MDB.
Seperti biasa, sesiapa yang mahu popular akan membangkitkan isu 1MDB.
Walaupun 1MDB hanya isu perniagaan, namun diolah dan dirupa bentukkan seolah olah berniaga dan membuat urusan perniagaan ada lah satu benda yang salah dan berdosa.
Menjual salah membeli pun salah, hantar orang kerja kan haji salah, meminjam pun salah, itulah yang diseliputi oleh mereka yang menyerang 1MDB.
Bayangkan jika syarikat kroni Tun Mahathir diserang perkara yang sama tentu akan hancur juga, cuba lah serang Berjaya Group dalam skala harian, serang dengan soalan bagaimana perolehi tanah di Bukit Tinggi?
Macam mana boleh dapat tanah di Langkawi? Siapa lulus? Kenapa dia lulus, berapa harga? Kenapa harga itu? Macam mana boleh dapat lesen judi? Siapa beri izin? Tentu bengkok dan hancur Berjaya Group.
Soalan dan serangan yang sama juga boleh di buat dalam skala besar kepada YTL. Kenapa sering dapat Jobs? Siapa rekomen?
Siapa luluskan? Macam mana boleh luluskan? Berapa di luluskan, pelbagai kan soalan, nampak kan macam berniaga itu salah, tentu YTL juga akan hancur juga,
Kita belum buat serangan yang sama kepada PROTON yang sudah 30 tahun masih belum untung untung lagi dan hanya mula nampak progress sejak kebelakangan ini semenjak Tun Mahathir sudah keluar dari pentadbiran nya.
Maka berbalik kepada dakwaan yang di buat bahawa projek yang gagal di perolehi itu akibatkan kemarahan Husni, maka ini harus di jawap dengan segera oleh Husni sebelum buka mulut dan buka rahsia urusan menteri kewangan kepada rakyat.
Husni harus menjawap isu ini terlebih dahulu –
https://pakdin.my/dua-bilion-sebab-mengapa-husni-menyerang-najib-semalam/
Elok juga jika ramai rakyat menyatakan hasrat mahu selamatkan negara, tetapi adakah alasan dan sebabnya betul atau pun negara yang harus diselamatkan dari mereka?
Apa pun dakwaan sama ada betul atau tidak oleh RPK, tanggungjawab Husni yang utama adalah pada diri sendiri, dan kemudian baru negara.
Dakwaan RPK berkaitan peribadi Husni, maka elok diutamakan menjawabnya dahulu, biar rakyat tahu keseluruhan cerita sama ada benar atau tidak, kerana rakyat ramai yang masuk campur urusan politik dan kerajaan dalam keadaan tahu sedikit tapi cakapnya banyak.
Biar mereka tahu segalanya.