BERITATiga Parah, Sembilan Cedera Kemalangan Di Jalan Serendah, Hulu Selangor

Tiga Parah, Sembilan Cedera Kemalangan Di Jalan Serendah, Hulu Selangor

HULU Selangor: Tiga parah manakala sembilan cedera ringan selepas kereta dinaiki mereka terlibat kemalangan di Jalan Serendah, Kuala Kubu Bharu dekat sini, Ahad.

Dalam kejadian kira-kira 5 petang itu, kereta proton Wira dinaiki dua lelaki bersama tiga wanita dipercayai bertembung dengan kereta jenis Proton Perdana yang dinaiki tujuh individu termasuk empat kanak-kanak dan seorang bayi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Khubu Baru Kamil Hamadan berkata tiga lelaki dibawa ke Hospital Selayang untuk menerima rawatan lanjut.

“Mangsa lain termasuk bayi dan kanak-kanak hanya mengalami kecederaan ringan,” katanya ketika dihubungi di sini, Ahad.

Katanya pihaknya menerima panggilan kira-kira 5.45 petang dan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu dikerahkan ke lokasi kejadian.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

[VIDEO] Jasad kanak-kanak lelaki lemas di Sungai Bernam, Dekat Kampung Sungai Nilam ditemui 300 meter dari tempat jatuh

Terkini:

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Mengenai kami