FGV Tidak Pernah Mengalami Kerugian Walau Satu Tahun Sejak Penyenaraian - pakdin.my

Berikut ialah pendapatan FGV sejak disenaraikan di Bursa Malaysia:

  • 2013 : RM 12.658 bilion
  • 2014: RM 15.26 bilion
  • 2015: RM 15.67 bilion
  • 2016: RM 17.3 bilion.

Adakah ternampak seperti ciri-ciri syarikat yang gagal?

Bagi mengelakkan keraguan, Felda Global Ventures Bhd (FGV) yang tersenarai tidak mengalami kerugian RM13.4 bilion sebagai sebuah syarikat.

Malah, sejak penyenaraian FGV tidak pernah mempunyai walau satu tahun di mana ia telah mengalami kerugian. Ia telah membuat keuntungan setiap tahun sejak penyenaraian.

Kerugian yang dialami seperti yang disebat oleh macai dan pemimpin pembangkang adalah nilai pasaran disebabkan oleh kejatuhan harga saham sejak penyenaraian pada bulan Jun 2012.

Baca sini: ‘KEJATUHAN SAHAM FGV KERANA PELABURAN JANGKA PANJANG, PERBELANJAAN BESAR DALAM PENANAMAN SEMULA KELAPA SAWIT
https://pakdin.my/kejatuhan-saham-fgv-kerana-pelaburan-jangka-panjang-perbelanjaan-besar-dalam-penanaman-semula-kelapa-sawit/

FGV telah diwujudkan dari Lembaga Kemajuan Wilayah Persekutuan (FELDA) dan disenaraikan. Selepas menjual saham dan memberi saham percuma kepada entiti seperti Koperasi Felda, FELDA memiliki 20% pegangan dalam FGV semasa penyenaraian.

Hari ini, FELDA masih memiliki 21.3% pegangan dalam FGV (mereka membeli sebahagian lagi saham sejak penyenaraian).

FELDA menerima minimum RM250 juta + 15% keuntungan dari FGV Bhd setiap tahun.

Baca sini: ‘SATU NOTA PENDEK MENGENAI FELDA
https://pakdin.my/satu-nota-pendek-mengenai-felda/

Setelah mengumpul wang dari penyenaraian, FGV telah membelanjakan sebahagian besar dana mereka untuk pembelian kerana mereka tidak memiliki tanah sendiri.

Antara pengambilalihan utama ialah pengambilalihan Pontian United Plantations Bhd pada harga RM1.2 bilion dan Asia Plantation Ltd (dari Bursa Saham London) sebanyak RM628 juta.

Ia juga membelanjakan RM2.2 bilion untuk membeli baki 51% pegangan dalam Felda Holdings Bhd daripada pemegang saham utamanya Koperasi Permodalan Felda Malaysia Bhd pada bulan Oktober 2013.

Pembelian terbaru ialah 836.1 hektar tanah ladang sawit dari Golden Land Bhd secara tunai berjumlah RM655 juta pada tahun 2015.

FGV juga membelanjakan sejumlah besar wang untuk menanam semula. Ia merancang untuk menanam semula kira-kira 15,000 hektar tahun ini, lebih rendah berbanding dengan 16,200 hektar pada 2016.

Sejak 2012, FGV telah menanam semula kira-kira 75,000 hektar – secara purata, pokoknya adalah berumur antara 15 dan 16 tahun.

Sebagai sebuah syarikat, disebabkan pengambilalihan FGV telah meningkat dalam saiz sejak penyenaraian pada tahun 2012. Pendapatan adalah RM12.8 bilion pada tahun 2012 dan telah meningkat kepada RM17.2 bilion pada 2016.

Jumlah aset FGV juga meningkat daripada RM12 bilion selepas penyenaraian pada tahun 2012 menjadi RM20.8 bilion pada suku pertama 2017.

Peneroka FELDA juga tidak mengalami kerugian sejak dari penyenaraian FGV. Malah, disebabkan penyenaraian keluarga peneroka masih memperolehi wang (walaupun harga saham jatuh) sekurang-kurangnya RM15,552 bagi setiap keluarga peneroka.

Baca disini: ‘Peneroka FELDA memperoleh ganjaran daripada penyenaraian FGV, bukan kerugian’
https://pakdin.my/peneroka-felda-memperoleh-ganjaran-daripada-penyenaraian-itu-bukan-kerugian/

Untuk Meringkaskan:

Pada masa penyenaraian pada bulan Jun 2012:

  • FELDA memiliki 20% FGV

Hari ini (Jun 2017):

  • FELDA memiliki 21% saham dalam FGV – dan telah menerima minima sebanyak RM250 juta + 15% daripada keuntungan FGV setiap tahun semenjak penyenaraian.
  • Peneroka Felda mendapat menafaat kewangan wang.
  • FGV Bhd kini merupakan sebuah syarikat yang lebih besar dengan jualan yang lebih besar walaupun harga sahamnya telah menurun.
  • FGV Bhd tidak merekodkan kerugian kewangan walau setahun sejak penyenaraian.
  • FGV terpaksa membuat pelaburan besar untuk penanaman semula memandang umur pokok sawit sedia ada yang melebihi 15 tahun. (memerlukan 7 tahun untuk mendapat hasil pelaburan)

Jelaslah!

**************

Rujukan:

KEJATUHAN SAHAM FGV KERANA PELABURAN JANGKA PANJANG, PERBELANJAAN BESAR DALAM PENANAMAN SEMULA KELAPA SAWIT

https://pakdin.my/kejatuhan-saham-fgv-kerana-pelaburan-jangka-panjang-perbelanjaan-besar-dalam-penanaman-semula-kelapa-sawit/

SATU NOTA PENDEK MENGENAI FELDA

https://pakdin.my/satu-nota-pendek-mengenai-felda/

‘Peneroka FELDA memperoleh ganjaran daripada penyenaraian FGV, bukan kerugian’

https://pakdin.my/peneroka-felda-memperoleh-ganjaran-daripada-penyenaraian-itu-bukan-kerugian/

UTAMAEKONOMIFGV Tidak Pernah Mengalami Kerugian Walau Satu Tahun Sejak Penyenaraian

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium