Sotong buat lagi – Bergurau, menghasut, memfitnah itulah kehebatan yang dia ada.
Bersempena dengan pembukaan MRT fasa 1 kelmarin, Perdana Menteri Najib Razak mengumumkan bahawa projek MRT Sungai Buloh ke Kajang adalah bernilai RM21 bilion – siap mengikut jadual dan RM2 bilion di bawah bajet.
Ini menolak “sumber dalaman” yang di diwar-warkan oleh Rafizi pada bulan Julai 2012 bahawa kos projek itu telah melambung 3 kali ganda kepada RM100 bilion – yang dia sendiri membuat kenyataan dalam satu sidang akhbar.
Hanya rakyat bodoh masih mendengar dan percaya cakap Rafizi yang “kalah 5 kes mahkamah berturut-turut”. Sah pembohong dan penghasut yang beliau sendiri akui. Lihat video di bawah:
“Saya cuma berseloroh tentang cincin Rosmah”.
[contentcards url=”https://pakdin.my/rafizi-dah-tukar-cerita-mahathir-kena-kencing/” target=”_blank”]
—-
KOS MRT MENCECAH RM100B – 3 KALI GANDA ASAL
http://www.keadilandaily.com/keadilan-siasat-kos-projek-mrt-naik-rm63-bilion/July 2012: KEADILAN mendesak kerajaan menyatakan kos sebenar projek My Rapid Transit (MRT) menghubungkan Sungai Buloh ke Kajang.
Pengarah Strateginya, Rafizi Ramli berkata, berdasarkan maklumat daripada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (Spad), kos tersebut kini meningkat kepada RM100 bilion berbanding anggaran asal RM37 bilion.
Menurut Rafizi, ketirisan dalam projek tersebut menyebabkan negara bakal menanggung hutang yang tinggi dan memberi kesan kepada generasi akan datang.
Laluan MRT sepanjang 51 kilometer dari Sungai Buloh ke Kajang mempunyai 31 stesen, melalui Bandar Utama, Damansara, Taman Tun Dr Ismail, pusat bandar raya Kuala Lumpur dan Cheras.
[contentcards url=”https://pakdin.my/jika-ikut-logik-rafizi-mrt-tidak-akan-siap/” target=”_blank”]
[contentcards url=”https://pakdin.my/rm2-bilion-dijimatkan-dalam-projek-mrt-najib/” target=”_blank”]