“Daun pintu EMRS sekali lagi diterajang menyebabkan dua lebam pada bahagian depan atas lengan kanan, manakala bahagian belakang kiri badan mangsa ditolak dengan kuat mengenai bahagian sisi menegak daun pintu menyebabkan patah tulang rusuk kiri posterior dan lebam paru-paru kiri,” katanya pada prosiding inkues hari ke-23, di Mahkamah Koroner, di sini hari ini.
Narresh berkata, dia mula-mula melihat anggota bomba yang tercedera itu lengkap berpakaian seragam celoreng jingga dan dikelilingi sekumpulan 10 hingga 15 individu yang kebanyakannya mengambil gambar dan merakam video.
“Dia tercengang dan tangan kanan pegang papan pemuka hadapan kereta dan tangan kiri diletakkan di pintu van,” katanya ketika menjawab soalan Pegawai Pengendali Hamdan Hamzah.
“Masih ada kemungkinan inkues itu akan mendapati Muhammad Adib meninggal dunia akibat serangan, namun pihak pembelaan masih boleh berhujah menggunakan laporan bedah siasat jika ia menunjukkan pemeriksa tidak dapat merumuskan punca kematian tersebut,” katanya.
"Jenayah sekejam ini, sama sekali tidak boleh dilindungi. Kepada Allah kita pohonkan, akan berlaku keadilan setimpal (poetic justice), memastikan pihak yang bersalah, dan dalang-dalang yang bertanggungjawab di sebalik peristiwa ini, tidak terlepas daripada dihukum kerana dosa yang telah dilakukan,"
Rata-rata netizen mempersoal keputusan kerajaan menyerahkan kepada Peguam Negara untuk mengarahkan Majistret membuat inkues menentukan sebab kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim.
Mereka membangkitkan keperluan inkues dibuat memandangkan kes berkenaan diklasifikasi semula oleh polis sebagai membunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Menteri Dalam Negeri YB Tan Sri Mukhyiddin Yassin hari ini dilaporkan sebagai berkata Peguam Negara telah membuat keputusan untuk mengadakan inkues bagi menentukan sebab kematian Muhammad Adib Mohd Kassim, seorang anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan Jabatan Bomba dan Penyelamat Subang Jaya yang terbunuh semasa rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman USJ25 Subang Jaya.
Laporan akhir bedah siasat bagi mengetahui punca kematian ahli bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim, dijangka siap dalam tempoh sebulan, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye.
Rakaman video menunjukkan anggota bomba Muhammad Adib Mohd. Kassim tidak dilanggar jentera pemadam api (FRT) dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November lalu kini tular di laman-laman sosial.
Dakwanya kedua-dua penama tersebut telah mengambil duit dan tanah — Media sebelum ini melaporkan, Jawatankuasa Kuil Seafield telah menerima wang pampasan RM1.5 juta dan 1 hektar tanah sebagai persetujuan untuk memindahkan kuil berkenaan ke lokasi baru.
Berdasarkan salinan laporan polis yang didedahkannya, Chellapa didakwa telah melarikan diri.
Apakah Waytha itu seorang dewa hinggakan kami tidak boleh menegur beliau?
Kami hanya meminta Waytha meletak jawatan kerana beliau sememangnya bertanggungjawab dalam hal kematian Adib.
“Ini adalah sejarah yang mana suara rakyat yang mengumpulkan petisyen tandatangan 300,000 sebagai isyarat kepada kerajaan semasa bahawa kami komited dengan keadilan rule of law seperti yang dilaung-laungkan pihak kerajaan.
Susulan kematian seorang anggota bomba membabitkan rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menyarankan agar diadakan tuntutan hak asasi kemanusiaan bagi penjawat awam yang bertugas.
{Ads1]
Persoalan yang ditanya oleh pihak bomba adalah, siapa yang menjadi dalang untuk menutup kes pembunuhan Adib dan mengapa pihak yang bersalah diberikan masa untuk mereka melarikan diri dari Negara dan bersembunyi? Dan juga, mengapa laporan bedah siasat mengabaikan kenyataan dari saksi yang membuat laporan polis mengenai “punca kematian”?
Dikatakan punca kematian Adib bakal diubah kepada 'Kecederaan Dada' tanpa spesifik menyebut sebabnya walaupun kenyataan ramai saksi jelas mengatakan bahawa Adib ditarik keluar dari kenderaan Bomba kemudiannya dipukul ganas.
We use cookies to ensure that we give you the best experience on our website. If you continue to use this site we will assume that you are happy with it.Ok