Menteri Dalam Negeri YB Tan Sri Mukhyiddin Yassin hari ini dilaporkan sebagai berkata Peguam Negara telah membuat keputusan untuk mengadakan inkues bagi menentukan sebab kematian Muhammad Adib Mohd Kassim, seorang anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan Jabatan Bomba dan Penyelamat Subang Jaya yang terbunuh semasa rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman USJ25 Subang Jaya.
Rakaman video menunjukkan anggota bomba Muhammad Adib Mohd. Kassim tidak dilanggar jentera pemadam api (FRT) dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November lalu kini tular di laman-laman sosial.
Susulan kematian seorang anggota bomba membabitkan rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menyarankan agar diadakan tuntutan hak asasi kemanusiaan bagi penjawat awam yang bertugas.
{Ads1]
Persoalan yang ditanya oleh pihak bomba adalah, siapa yang menjadi dalang untuk menutup kes pembunuhan Adib dan mengapa pihak yang bersalah diberikan masa untuk mereka melarikan diri dari Negara dan bersembunyi? Dan juga, mengapa laporan bedah siasat mengabaikan kenyataan dari saksi yang membuat laporan polis mengenai “punca kematian”?
Dikatakan punca kematian Adib bakal diubah kepada 'Kecederaan Dada' tanpa spesifik menyebut sebabnya walaupun kenyataan ramai saksi jelas mengatakan bahawa Adib ditarik keluar dari kenderaan Bomba kemudiannya dipukul ganas.
We use cookies to ensure that we give you the best experience on our website. If you continue to use this site we will assume that you are happy with it.Ok