SELAIN meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad turut melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Kenyataan rasmi mengenainya dikeluarkan Pejabat Pengerusi Bersatu sebentar tadi susulan terdahulu peletakan jawatan beliau sebagai Perdana Menteri ke-7.
Peletakan jawatan beliau dalam parti itu berkuat kuasa serta-merta.