Kedudukan Pelaburan Bersih Antarabangsa (Net International Investment Position – NIIP) Malaysia pada akhir bulan Disember 2016 mencatatkan kedudukan aset bersih RM81.2 bilion berbanding RM26.5 bilion pada suku ketiga tahun 2016 (3Q16)
Perbezaan antara aset kewangan luar sesebuah negara (berapa banyak kita memiliki aset negara lain) dan liabiliti (berapa banyak negara lain memiliki aset di negara kita) adalah NIIP.
Hutang luar negara sesebuah negara termasuk kedua-dua hutang kerajaan dan hutang swasta, dan begitu juga aset awam dan swasta (oleh penduduk yang sah) luaran juga diambil kira apabila mengira NIIP.
Nilai NIIP positif menunjukkan negara adalah sebuah negara pemiutang (creditor), manakala nilai negatif menunjukkan ia adalah sebuah negara penghutang (debtor) .
Pada akhir tahun 2016, Malaysia mempunyai jumlah Aset luar RM1.735 trilion. Ini bermakna kita memiliki RM1,735 bilion aset di negara-negara lain.
Sebaliknya, Malaysia mempunyai jumlah Liabiliti luar RM1.653 trilion – termasuk Hutang Luar Negara Kasar sebanyak RM908.7 bilion (satu angka yang digunakan oleh Pakatan untuk mengelirukan dan menakutkan rakyat Malaysia).
Ini bermakna Kedudukan Pelaburan Bersih Antarabangsa kita adalah POSITIF RM81.22 bilion.
Kerana ia adalah NIIP positif, Malaysia adalah sebuah negara Pemiutang (Creditor) – bukan Penghutang (Debtor).
Hutang Luar semakin meningkat tidak semestinya sesuatu yang tidak elok, Ia juga menunjukkan bahawa terdapat lebih tinggi pelaburan antarabangsa di Malaysia dan Perkhidmatan Kewangan Industri kita sedang bertapak sebagai hab serantau.
Sebagai contoh, menurut statistik rasmi Kerajaan Singapura, hutang luar negera kasar Singapura pada akhir Feb 2017 adalah SGD1.744 trillion – iaitu kira-kira RM5.5 trilion – atau RM5,500 bilion.
Hutang Luar Negara Kasar Hong Kong pada akhir 2016 adalah HK$10,313 trilion atau RM5.87 trilion.
http://www.statistics.gov.hk/pub/B10400042016QQ04E0100.pdf
Baca di sini untuk memahami mengapa Hutang Luar Negara Kasar yang tinggi adalah baik:
LSS.
—
Rujukan:
“Kedudukan Aset Bersih Malaysia RM81.2 Bilion”
http://www.mstar.com.my/niaga/2017/02/24/aset-bersih-msia/
“INTERNATIONAL INVESTMENT POSITION”
http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=statistic_nsdp&pg=statistic_nsdp_internationalin&lang=en
“Mengapa Hutang Luar Negara Singapura tinggi sehingga US $ 1.76 trilion?”
https://pakdin.my/mengapa-hutang-luar-negara-singapura-tinggi-sehingga-us-1-76-trilion/