++++
Ketika Bantuan Rakyat 1 Malaysia, BR1M 2.0 meniti detik untuk diagihkan kepada rakyat negara ini yang layak tahun depan, Perdana Menteri hari ini membayangkan BR1M 3.0, tahun berikutnya.
Pemberian itu kata Datuk Seri Mohd Najib tidak mustahil jika ekonomi negara terus kukuh.
DATUK SERI MOHD NAJIB TUN RAZAK / PERDANA MENTERI
“Kita buat BR1M 1.0, kita buat BR1M 2.0 dan mana tau kalau ada rezeki BR1M 3.0, saya nak tanya pada tuan-tuan, mana lebih berfaedah Bersih 2.0 ke BR1M 2.0? Kuat sikit? Kuat lagi? BR1M. BR1M lebih berfaedah daripada Bersih 1.0, 2.0”.
Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap di Majlis Bersama Rakyat dan Pecah Tanah Masjid Baru di Lupak Meluas, Batu Sapi, Sandakan, Sabah, pagi tadi.