Sebanyak 196 daripada 425 gerai di Uptown Shah Alam di Seksyen 24, di sini, terbakar hampir 40 peratus dalam satu kebakaran, awal pagi tadi.
Bagaimanapun, tiada kemalangan jika dilaporkan dalam kebakaran kira-kira jam 2.30 pagi itu.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul, berkata pihak bomba menerima panggilan pertama pada jam 2.57 pagi dan jentera pertama tiba di lokasi pada jam 3.03 pagi.
“Anggota daripada tiga Balai Bomba dan Penyelamat terbabit iaitu BBP Shah Alam, Kota Anggerik dan Kota Raja.
“Kebakaran membabitkan yang terbakar kira-kira 40 peratus,” katanya.
Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih disiasat.