Mata terbeliak. Jelas sekali, raut wajah anak Anwar Ibrahim itu tidak puas hati. Siap berpaling dan buat mimik muka tidak suka lagi pada Mahathir. Lihat video ini; https://youtu.be/dwRBsI8_0dk
“Kalau saya tak dapat balik Proton, saya ada idea untuk memulakan sebuah lagi syarikat automotif,” kata Dr Mahathir pada forum tentang pelaburan China di Malaysia di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) pada 24 Ogos 2017.
Sedangkan sebelum itu, Naib Presiden PKR itu memberi bayangan rancangan menubuhkan Proton yang satu lagi akan dikaji semula jika mereka berjaya kuasai Putrajaya.
“Kita juga bertuah kerana ada pakar yang boleh membantu kita membuat keputusan yang baik, apabila kita menjadi kerajaan,” kata Nurul Izzah.
Nurul Izzah menegaskan perkataan “keputusan baik” bermakna keputusan untuk menubuhkan Proton bukan satu prioriti bagi PH dan juga ayahnya.
Kenapa Nurul Izzah tidak puas hati bila Mahathir mahu buat Proton yang kedua? Mungkin ini sebabnya.
“Siapa yang benarkan syarikat gergasi merosot dan gagal sehingga menjadi hanya jaguh kampung seperti MAS, Perwaja dan Proton?” kata Nurul Izzah dalam buku bertajuk Masa Depan, Masa Kita dalam mukasurat 159.
Maknanya, Nurul Izzah akui Proton dibawah Mahathir sebenarnya hanyalah jaguh kampung sahaja. Selain itu, Nurul Izzah sifatkan Proton pada zaman Mahathir turut gagal seperti MAS dan juga Perwaja.
Dalam mukasurat 28, buku yang sama, Nurul Izzah memperleh Proton pada era Mahathir dengan membandingkannya dengan kereta Hyundai.
Menurut Nurul Izzah, Hyundai yang bermula pada tahun 1970an sudah menjadi jenama dunia berbanding Proton yang bermula pada tahun 1980an dan 8masih lagi menjadi jaguh kampung.
Oleh kerana itulah, Nurul Izzah tidak berpuashati bila Mahathir mahu buat Proton yang kedua. Ayah Nurul Izzah juga pernah buat laporan polis bila Petronas membeli 27.2 sen saham Proton dengan jumlah RM1 billion pada 7 Ogos 1999.
Anwar Ibrahim sifatkan pembelian pada zaman Mahathir ini ada unsur nepotisme dan kroni. “Tahukah adinda, sebanyak apapun Proton yang kami produksi, itu belum ada apa-apanya jika dibandingkan satu N-250 yang telah diproduksi Indonesia” kata Anwar memperlekeh Proton dan memuji produk Indonesia.
Bapa perlekeh kereta Proton dan anggap ianya projek kroni. Anak pula anggap Proton hanya jaguh kampung dan projek gagal. Memang dalam hati Nurul Izzah tidak suka dengan projek kereta zaman Mahathir ini.
Oleh kerana itu, Nurul Izzah beri reaksi tidak suka bila Mahathir cadang mahu buat Proton yang kedua.
Inilah dia politik tidak ikhlas dan saling tikam belakang yang sedang berlaku dalam Pakatan Harapan. Mulut cakap lain, hati kata lain. Pakatan apakah ini?
Mahathir selaku Pengerusi mahu Proton yang kedua. Anak Ketua Umum Pakatan Harapan pula Nurul Izzah tidak setuju. Mereka sebenarnya tidak berpakat.
Amat bahaya memperjudikan nasib negara kepada pakatan pembangkang yang berperangai sebegini. Mereka tidak akan membawa Malaysia ke mana mana pun.
Mereka akan mewarisi permusuhan lama mereka dan terus bertikam sesama sendiri jika mereka berkuasa. Masing masing hanya berpolitik untuk anak sendiri dan kroni, bukanya untuk rakyat pun.