Mungkin kerana marah dengan keengganan penduduk Kampung Baru menerima tawaran penjualan tanah RM850 sekaki persegi, Khalid Samad menyindir penduduk berkenaan.
Selain menyindir, kenyataan mungkin seakanmengugut.
Antara kata-kata beliau dalam satu sidang media yang sempat dirakam adakan seperti berikut:
“Saya boleh bagitau pada diorang nak tunggu, tunggulah 10 generasi ia tidak akan tukar. ”
“So jangan oleh kerana kamu nak mengharapkan status pemilikan Melayu dimansuhkan lepas tu kamu nak jual pada ketika itu boleh dapat tiga ribu sekaki persegi ke apa ke.”
“Kamu nak tunggu, tunggu lah tapi mungkin KALAU BERLAKU PUN KAMU DAH ADA DALAM KUBUR LAH.”
Kenapa marah penduduk Kampung Baru, mereka berhak menerima atau menolak harga yang ditawarkan atau mengolah pembangunan keatas tanah pusaka milik mereka?