Polis hari ini menahan tiga lelaki termasuk dua anggota Dewan Undangan Negeri DAP dari Melaka dan Negeri Sembilan, dipercayai ada hubungan dengan kumpulan pengganas Sri Lanka.
Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy mengesahkan penahanan mereka.
G Saminathan, yang juga anggota Exco Kerajaan Negeri Melaka, dan ahli Dewan Undangan Negeri Seremban Jaya, P Gunasekaren, ditahan oleh pegawai Bukit Aman pagi ini, bersama pemimpin NGO India dari Perak.
Sumber berkata, mereka sedang disiasat kerana hubungan dengan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE), kumpulan pemisah yang terlibat dalam perang saudara lebih tiga dekad di Sri Lanka.