Ibu kejam dan tak berhati perut.
Sanggup campak anak yang baru dilahirkan dari tingkat dua sebuah pangsapuri.
Kejadian di tingkat dua, Blok B, Pangsapuri Selayang Segar, Gombak, jam 6 pagi tadi.
Kejadian disedari penduduk setelah melihat wanita itu mundar-mandir di bawah pangsapuri ini jam 7:45 pagi.
Mayat bayi perempuan cukup sifat dan masih bertali pusat itu ditemui di dalam longkang oleh penduduk yang mahu keluar bekerja.
Penduduk turut menemui kesan darah pada kain cadar dan selimut dipercayai digunakan ketika melahirkan bayi itu.
Wanita berusia 19 tahun itu dikenali Nor Atika Kamarulzaman, pekerja sebuah restoran.
Dia dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak untuk siasatan lanjut.
Siasatan akan dijalankan sama ada wanita itu membuang anaknya ketika masih hidup atau sudah mati selepas dilahirkan.
Kes disiasat dibawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan.