KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor berjaya dalam permohonan untuk mengenepikan sapina yang menghendaki mereka memberi keterangan pada perbicaraan kes liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membuat keputusan itu pada Khamis, selepas berpuas hati Anwar gagal membuktikan bahawa keterangan yang akan diberikan oleh Najib dan Rosmah adalah relevan dengan perbicaraan kes itu.
Perbicaraan bersambung dengan keterangan pakar tulang belakang dari Jerman, Dr Thomas Hoogland.
Hujah peguambela Anwar Ibrahim akhirnya memakan diri sendiri!
Sebelum ini peguam bela Anwar pernah memohon kepada mahkamah untuk mengetepikan sebarang keterangan atau bukti yang menunjukkan sebarang kejadian liwat yang dikatakan berlaku sebelum tarikh kejadian iaitu pada 26 Jun 2008.