Polis tidak lagi akan menyediakan khidmat pengiring trafik untuk mengiringi bekas perdana menteri Najib Razak.
Keputusan itu dimaklumkan oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman dalam surat kepada pegawai khas Najib, Mohd Shahrir Mohd Aripin.
Surat yang dipetik itu bagaimanapun tidak menyatakan sebarang sebab khidmat itu ditamatkan.