Dalam keghairahan desakan ‘bubar parlimen’ yg sering disebut-sebut, terfikirkah kita sejauh mana kita bersedia menghadapi situasi tersebut???
Saya lebih berminat secara realistik terjemahannya oleh ‘pembangkang’. Ini amat perlu diperlihatkan secara jelas kepada rakyat kerana rakyatlah yg akan memilih menaikkan dan rakyat juga yg akan memilih menurunkan kerajaan.
Sejauh mana kita bersedia :
▪ Menampilkan perubahan yg jelas karektor-karektor yg lebih segar sebagai watak baru bagi mengisi perjuangan masa hadapan.
▪ Secara realistik dan bukan lagi retorik perihal peremajaan kepimpinan. Konteks ini dasarnya harus melibatkan muka baru dan tidak semestinya orang muda dan jika pun orang muda adakah yg muda ini sudah bersedia??.
▪ Sejauh manakah orang muda yang selalu memasang angan-angan telah bersedia menggalas peranan, yg kita risaukan adalah angan-angan tak selaras usaha dan terjemahan kemenangan.
▪ Sejauh mana kerjasama-kerjasama politik antara parti pembangkang telah cukup matang untuk dipersembahkan.
▪Bersediakan kita dengan tawaran baru sebagai ‘bakal kerajaan’ untuk menarik minat rakyat memberikan sokongan. Untungnya pembangkang kini kerana memiliki perbandingan diantara pembangkang lama yg penuh retorik, penuh penipuan dan berjatidiri fitnah sbg makanan harian.
▪Sejauh mana kepentingan rakyat ini menjadi keutamaan berpanjangan dalam setiap halatuju gerakkerja kemenangan. Seharusnya kita jadikan pengajaran dari episod kekalahan lalu, jangan ulangi perkara serupa tatkala cahaya yg sudah di hujung terowong.
▪Bersediakah kita menterjemahkan pelan perlaksanaan perpaduan dan keharmonian dalam keadaan antara kaum yg cukup rapuh situasinya.
▪Sejauh mana kita bersedia mengembalikan ekonomi kepada landasan yg lebih membina dan kembali bertumbuh. Bagaimana pendekatan bagi menawan hati pelbagai segmen masyarakat B40, M40, professional, Pemain industri, anak muda, mahasiswa, masyarakat desa dan bandar dan sebagainya. Namun dgn pengalaman yg ada pastinya pembangkang kini akan lebih baik terjemahannya dari kerajaan sedia ada.
▪ Sejauh manakah pembangkang kini sudah betul-betul berubah dan bersedia kembali meraih mandat rakyat.
▪Perlu kita ingat pengundi yg bakal kita dekati adalah pengundi yg telah memiliki pengalaman, samada menukar atau menaikkan sebuah kerajaan. Cabaran pembangkang hari ini pasti berbeza tindakan pembangkang hari ini juga takkan sama.
Bertindaklah bijak dan berhentilah dari mengambil tekanan yg tidak diperlukan. Jika rakyat yg memberi mandat baik juga hak itu dikembalikan kepada rakyat utk kembali membuat keputusan.
Jadilah pembangkang yg membina dan sentiasa mendidik masyarakat, percayalah rakyat menilai dan rakyat sentiasa memerhati.
Cumanya beringatlah… apa juga tindakan dan kononnya strategi, jangan sampai yg ‘menilai’ dan ‘memerhati’ itu rasa muak dan menyampah.
#SelamatkanNegaraku
Oleh Amin Shukor