Mahkamah semalam mendengar keterangan saksi dari Jabatan Kimia Malaysia yang mengakui cek-cek Yayasan Akal Budi yang digunakan untuk membayar kad kredit Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi diluluskan tanpa tanda tangan sebenar beliau.
Enam cek yang digunakan untuk membuat pembayaran kad-kad kredit milik Ahmad Zahid Hamidi, tidak ditandatangani oleh bekas timbalan perdana menteri itu sendiri.
Sebaliknya, tandatangan pada cek kepada Maybank tersebut dibuat menggunakan cap tandatangan tanpa pengetahuan Ahmad Zahid.
Menurut Peguam bela, Pembantu Ahmad Zahid, Mejar Mazlina, sepatutnya menggunakan cek peribadi Ahmad Zahid bagi membayar bil terebut.
Sebaliknya Mejar Mazlina telah menggunakan cek yayasan dan menggunakan cap tandangan Zahid untuk kad hari raya bagi cek tersebut.
Mahkamah juga mendengar keterangan saksi bank yang mengakui Sample Signature DSZ pada pembukaan akaun adalah yang asal bukan stamped seperti dalam cek tersebut.
Apakah motif Mejar Mazlina membuat pembayaran kad kredit peribadi Zahid menggunakan cek Yayasan masih menjadi tanda tanya.
Dengan menggunakan cap tandatangan, bukannya mendapatkan tandatangan Ahmad Zahid sendiri, menunjukkan ada unsur untuk melindungi penggunaan cek ini dari pengetahuan Zahid.
Dr Mahathir sendiri pernah membuat kenyataan bahawa Ahmad Zahid mempunyai harta beratus juta pada tahun 1990-an. Ini sebelum beliau menjadi Menteri lagi.
Sumber Yayasan Akal Budi juga menggunakan wang beliau sepenuhnya.
Jadi mengapa Ahmad Zahid mahu menyalahguna wang Yayasan bagi membayar bil-bil beliau?
Hari ini terdedah sedikit bahawa beliau pun tidak mengetahui bahawa bayaran kad kreditnya pada 2014 menggunakan akaun yayasan.
Sukar kita hendak kata ini kesilapan tidak disengajakan oleh pembantu Zahid.
Jika tidak sengaja tentu beliau mendapatkan tandatangan Zahid, bukan hanya menggunakan cap tandatangan kad raya.