Menggunakan pentas PAU 2019 untuk membalun kawan-kawan atau bakal penyokong tidak menyelesaikan apa-apa masalah atau menambah sokongan kepada parti.
Politik ini proses pembujukan dan menarik sokongan kepada idealisme perjuangan.
Ketika berkuasa kita guna kuasa dan kedudukan untuk tarik sokongan.
Ketika kalah dan tiada kuasa, kita guna akal budi dan bahasa untuk menguatkan pengaruh.
Jika kuasa tiada, kedudukan tiada, kenalah belajar menggunakan akal budi serta bahasa. 😂
Oleh Ab Jalil Backer