Adakan ini bermaksud formula harga minyak RM1.50, formula PTPTN mansuh, formula harga kereta murah (harga Myvi RM25k je) dan formula tol mansuh juga terbatal dengan sendirinya?
Minta penjelasan dari PH.
…………..
Rafizi umum keluar politik, tumpu syarikat pemula guna teknologi AI
Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mengumumkan keluar dari dunia politik untuk menumpukan pada kehidupan baru, mengatakan beliau berada pada peringkat kehidupan di mana beliau “perlu belajar”.
“Ia jelas saya diciap kerana saya menjelaskan bahawa saya tidak akan kembali kepada politik.
“Ini adalah tahap kehidupan saya apabila saya perlu belajar. Hanya melalui pembelajaran kita boleh menjadi lebih baik & menyumbang yang lebih baik,” katanya di Twitter.
Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 15 Nov lepas melepaskan dan membebaskan Rafizi selepas membatalkan sabitan mendedahkan akaun bank berkaitan NFC, anak syarikatnya dan pengerusi Salleh Ismail.
Sabitan dan hukuman penjara terhadapnya menyebabkan beliau tidak dapat bertanding pada pilihan raya umum ke-14 tahun lalu.
Peguamnya Nik Zarith Nik Moustpha kemudiannya berkata pasukan pembelaan diberitahu Jabatan Peguam Negara memfailkan rayuan terhadap pembebasannya.
Peguam Negara Tommy Thomas terkejut apabila jabatannya memfailkan rayuan terhadap pembebasan Rafizi bulan lepas dan akan mengambil tindakan disiplin terhadap mereka yang bertanggungjawab.
Beliau juga berjanji akan membatalkan rayuan tersebut.
Rafizi yang kalah kepada Mohamed Azmin Ali untuk merebut jawatan timbalan presiden PKR tahun lalu, berkata beliau teruja untuk memberi tumpuan kepada kecerdasan buatan atau AI.
“Teruja untuk memberi tumpuan kepada AI, pembelajaran mesin & IoT,” katanya, merujuk istilah internet.