Kerajaan akan meneruskan dengan “menjual” konsesi lebuh raya Plus kepada kroni yang kaya dan berkuasa.
Apakah menafaatnya kepada anda? Sebagai pembayar tol yang berterusan? Tuan tuan dapat apa? Tiada apa-apa selain dari akan terus membayar dan membayar dan membayar sehingga akhir hayat.
Lebuh raya sudah siap. Kutipan tol tahap maksima. Bangla memotong rumput. Mereka hanya perlu mengutip tol. Tidak perlu bekerja keras. Tun M mewujudkan satu lagi korporat Melayu yang malas. The easy money millionaires.
Mereka hanya memindahkan aset di kalangan kroni kaya dan kita perlu bayar.
Inilah sebab mengapa Tesco ditutup. Tidak ada generasi kaya baru dalam ekonomi. Tiada produktiviti baru. Hanya ‘repackage‘ projek lama, menyambung konsesi lama, memindahkan aset dikalangan kroni. Itu sahaja.