Sebaik sahaja Najib Razak melafaz sumpah laknat (mubahalah), umat Islam di nasihatkan menjauhi golongan yang disasarkan sumpah laknatnya.
Countdown bermula dan Allah pasti tidak pinggirkan hamba nya yang dizalimi.
Dalam sejarah laknat selalunya kena pada semua yang terdekat walaupun yang di sasarkan pihak tertentu.
Ianya collateral damage.
Ambil contoh bumi Sodom dan Gomorah dimana yanh tidak bersalah pun ditimpa bencana.
Ketika Nabi Muhamad melalui runtuhan sebuah kota tiba-tiba dia menyuruh semua berjalan pantas.
Apabila di tanya Nabi SAW berkata itu bekas runtuhan kota yang di laknati Allah, jika boleh jangan pandang belakang dan berlengah untuk cepat meninggalkan kawasan itu.
Ada seorang lelaki sering mengherdik untanya, ia diketahui Rasulullah, lalu satu hari Nabi bertanya, ini kah unta yang kamu selalu maki dan laknat? Lelaki itu menjawap “ya”.
Lalu nabi berpesan tinggalkan ia dan jangan tunggang unta itu lagi, laknat telah bersama nya sebaik sahaja kamu melafazkannya.
Sheikh Qadyani selepas bersumpah mubahalah bohong, terus lupa rakaat setiap kali menjadi imam solat.
Beliau sentiasa berhenti lama untuk mengingat rakaat ke berapa sehingga orang tidak lagi mahu berimamkan beliau.