Soalan Saifuddin Abdullah kepada Sultan Alajmi, Arab Saudi di twitter beliau:
“Which verse of the quran says Saudi Arabia is the centre of Islamic World – Saifuddin Abdullah.
…..
Jawapan :
جَعَلَ اللَّهُ الْكَعْبَةَ الْبَيْتَ الْحَرَامَ قِيَامًا لِّلنَّاسِ وَالشَّهْرَ الْحَرَامَ وَالْهَدْيَ وَالْقَلَائِدَ ذَٰلِكَ لِتَعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ يَعْلَمُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ وَأَنَّ اللَّهَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ
Allah menjadikan Kaabah, rumah yang mulia itu, sebagai tempat tumpuan manusia (untuk menjalankan ibadat dan hal-hal hidup), demikian juga bulan-bulan yang mulia, dan binatang-binatang korban, dan kalong-kalong binatang korban itu. Yang demikian itu, supaya kamu ketahui bahawa sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi, dan bahawa sesungguhnya Allah Maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. – Al-Maidah : 97
…..
** Sokongan Dalil Saudi centre of Islamic world
Dalil 1: Pemimpin itu dari Quraisy
Hadis dari Anas bin Malik radhiyallahu anhu,
Kami pernah berada di salah satu rumah penduduk anshar. Lalu datanglah Nabi sallallahu alaihi wa sallam, dan beliau berdiri dengan memegang kedua tiang pintu. Kemudian beliau bersabda,
الْأَئِمَّةُ مِنْ قُرَيْشٍ، وَلَهُمْ عَلَيْكُمْ حَقٌّ، وَلَكُمْ مِثْلُ ذَلِك
Pemimpin itu dari Quraisy. Mereka memiliki hak yang harus kalian tunaikan, kalian juga demikian…
[HR. Ahmad 12900 dan disahihkan Syuaib al-Arnauth].
Dalil 2: Quraisy adalah kabilah pilihan
Nabi sallallahu alaihi wa sallam pernah mengatakan,
إِنَّ اللهَ اصْطَفَى كِنَانَةَ مِنْ وَلَدِ إِسْمَاعِيلَ، وَاصْطَفَى قُرَيْشًا مِنْ كِنَانَةَ، وَاصْطَفَى مِنْ قُرَيْشٍ بَنِي هَاشِمٍ، وَاصْطَفَانِي مِنْ بَنِي هَاشِمٍ
Sesungguhnya Allah memilih Kinanah di antara keturunan Ismail, dan memilih Quraisy di antara keturunan Kinanah, dan memilih Bani Hasyim di antara suku Quraisy. Dan Allah memilihku di antara Bani Hasyim.
[HR. Muslim 2276, Ahmad 16986 dan lainnya]
Dalil 3: Manusia mengikuti Quraisy
Dari Abu Hurairah radhiyallahu anhu, Nabi sallallahu alaihi wa sallam bersabda,
النَّاسُ تَبَعٌ لِقُرَيْشٍ فِى هَذَا الشَّأْنِ ، مُسْلِمُهُمْ تَبَعٌ لِمُسْلِمِهِمْ ، وَكَافِرُهُمْ تَبَعٌ لِكَافِرِهِمْ
Manusia mengikuti Quraisy dalam urusan agama. Muslimnya mengikuti muslim Quraisy, kafirnya juga mengikuti kafir Quraisy. [HR. Bukhari 3495 & Muslim 4804].
Saifuddin tahu tak Kaabah dan Quraisy ni dari mana?
Oleh Aznil Hisham