1. MCA sepatutnya membawa aliran sederhana acuan Barisan Nasional.
2. Malangnya hari ini mereka memilih mengikut jejak DAP kerana percaya itu jalan untuk menambah kerusi dalam PRU akan datang.
3. Ini bukan salah MCA sepenuhnya. Ia berpunca dari sikap sebahagian ahli UMNO sendiri yang sibuk memperlekehkan MCA kerana gagal menang kerusi masyarakat Cina.
4. BN perlukan MCA yang sederhana, bukannya mencipta sebuah lagi parti masayarakat cina ala DAP.
5. Untuk itu MCA harus diyakinkan bahawa peranan mereka ialah membentuk pemikiran masyarakat Cina yang sederhana dan menerima falsafah kemerdekaan negara ini.
6. Biarlah MCA kalah semua kerusi masyarakat Cina jika mengubah pandangan masyarakat Cina ini memerlukan masa yang panjang.
7. Jika DAP sanggup beri kerusi mereka kepada Melayu yang liberal, mengapa UMNO begitu berkira dengan MCA yang sederhana.
8. MCA dan BN tidak wajar memilih jalan singkat menang kerusi masyarakat Cina dengan mengubah strategi politik dari sederhana kepada ekstrem.
9. Hal yang sama juga harus terpakai kepada MIC.
10. Mereka harus mengubah pemahaman masyarakat India terhadap konsep negara ini dan perkongsian kuasa ala BN. Apa yang berlaku sekarang MIC cuba menjadi Hindraf kerana berebut populariti.
11. Demikian juga UMNO tidak harus membenarkan kumpulan ekstrem menguasai parti secara keterlaluan sehingga merosakkan hubungan antara kaum.
Oleh Ab Jalil Backer