Kehadiran lima individu termasuk pelakon Ellie Suriaty Omar mengemparkan Kongres Jawi Kebangsaan di Hotel Crystal Crown di sini pagi ini.
Dianjurkan kumpulan Pasukan Tindakan Seni Khat (Sekat), acara dipantau teliti pihak polis selepas konvensyen yang sama dirancang pendidik Cina dibatalkan semalam.
Kongres bermula tanpa sebarang masalah pada kira-kira pukul 10.30 pagi.
Namun, di pertengahan acara, lima individu masuk dan duduk di kerusi hadapan, sebaik peguam terkenal Siti Kasim naik ke pentas.
Pengacara mengumumkan kehadiran mereka, malah disambut dengan tepukan dari kira-kira 300 peserta.
Tidak diketahui sama ada mereka mewakili mana-mana kumpulan atau hadir ke kongres untuk menyokong atau membantah topik dibincangkan.