RIYADH: Putera Mahkota Arab Saudi, Sultan bin Abdul Aziz mangkat, kata pengumuman pihak istana menerusi televisyen negara hari ini.
Kematian Sultan ini menyebabkan adiknya, Putera Nayef untuk menjadi pengganti Raja Abdullah sebagai negara pengeluar utama minyak mentah dunia.
Putera Mahkota itu, berusia 86 yang juga Menteri Pertahanan dan Penerbangan, berada di Amerika Syarikat sejak pertengahan Jun lalu untuk mendapatkan rawatan perubatan.
Allahyarham menjalani pembedahan pada Julai lalu ettapi tiada maklumat berkaitan kesihatannya diumumkan sejak itu.
Sultan iaitu adik tiri Raja Abdullah kerap berada di luar negara atas alasan kesihatan. – AP