Dari Mahkamah Tinggi Jalan Duta. Selesai sesi pagi. Balik rehat sebelum bermula sesi petang.
Tiada sessi mahkamah, Dato Seri Najib akan turun ke PRK.
Tiada PRK, Dato Seri Najib turun beli barang di pasaraya sambil jumpa rakyat.
Duduk dalam kereta, Dato Seri Najib main fesbuk.
Begitu lah rutin Dato Seri Najib.
Ada beliau kacau orang? Tiada.
Ada beliau berguling atas jalanraya? Tiada.
Ada beliau sibuk nak jaga kapal layar cucu atau kapal persiaran kroni? Tiada.
Ada beliau sibuk nak jaga berpuluh ekor kuda makan karot berapa ratus kilo sebulan? Tiada.
Ada beliau sibuk nak pastikan semua anak jadi billionnaire? Sorang pun tiada.
Ada beliau sibuk nak rakam video orang dalam bilik hotel? Tiada.
Ada beliau sibuk nak check berapa handbag, intan berlian, kereta, istana anak cucu orang sepanjang hidupnya? Tiada.
Ada beliau sibuk nak masukkan orang dalam penjara sepanjang hidupnya? Tiada.
Ada beliau sibuk nak rasmi lif, traffic light, divider jalan sepanjang hidupnya? Tiada.
Apa yang Dato Seri Najib sibuk perjuangkan hanya lah bagaimana nak bantu rakyat miliki rumah, bantu rakyat dapatkan pekerjaan, bantu rakyat sambung belajar, bantu rakyat tingkatkan kualiti hidup, bantu rakyat waktu bencana, bantu rakyat tanam padi, bantu rakyat tangkap ikan, bantu rakyat bina masjid, bantu rakyat pergi ibadah haji dan segalanya hanya untuk kebahagian rakyat.
Manusia diduga oleh Allah dan Allah jualah yang memelihara hambaNya.