Bila ada #PRKKimanis, tiba-tiba PH tuduh pelaksanaan Pas Sementara Sabah (PSS) idea BN. Padahal, sehingga hari terakhir BN memerintah, ia tidak pernah diumumkan.
Perkara ini perlu perbincangan terperinci kerana ia melibatkan masa depan Sabah, terutamanya soal keselamatan.
Jadi, kalau Menteri Dalam Negeri datang ke Sabah esok hanya untuk beritahu idea ini dimulakan BN, tak payahlah.
Itu tidak akan meyakinkan rakyat Sabah khususnya pengundi Kimanis bahawa dasar yang dilaksanakan PH betul.
PSS bukan isu mainan pilihanraya. Ini isu nasional!
#RaduTatapRadu