Macam biasa, bila Pakatan Harapan kalah dalam mana-mana pilihanraya kecil, mesti ada isu yang dibangkitkan untuk membendong kegembiraan Barisan Nasional.
Kali ini, sebaik sahaja Barisan Nasional menang di PRK Kimanis, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya dikatakan mengarahkan pegawai beliau untuk menahan, menyoal dan mendakwa 2 pemimpin UMNO, TS Sharir Samad dan Datuk Seri Ahmad Maslan atau Tok Mat GST.
DS Ahmad Maslan dikenakan 2 pertuduhan gagal mengisytiharkan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan didakwa beri keterangan palsu kepada SPRM.
Tok Mat dituduh gagal mengisytiharkan dana RM2 juta yang kononnya diterima daripada DS Najib.
Tok Mat telah mengaku tidak bersalah, mohon dibicarakan dan mahkamah membenarkan ikat jamin RM500k serta pasport ditahan.
Daripada 78 individu/pihak yang dinamakan, 54 telah dilepaskan kerana sanggup pulangkan semula dengan jumlah 5 kali ganda.
Manakala yang lain diketuai Tok Mat dan TS Sharir Samad bertindak saman semula SPRM.
Ironinya, hanya mereka berdua sahaja yang dikenakan pertuduhan kononnya gagal isytihar dana yang diterima kepada LHDN.
Sebenarnya, sejak Barisan Nasional tewas dalam PRU 14, Tok Mat telah disoal siasat sebanyak 3 kali.
Terkini pada hari Isnin 20 Januari 2020 lepas, ketika disoal siasat lebih kurang 3 jam, SPRM masih tunjukkan salinan cek yang sama di atas nama Ahmad Maslan yang berjumlah RM2 juta.
SPRM mendakwa cek itu telah ditunaikan oleh Tok Mat, di mana duit tersebut masuk ke akaun beliau.
Sepanjang 3 kali soal siasat, jawapan Tok Mat tetap sama.
Beliau tidak pernah melihat cek tersebut dan duit sebanyak RM2 juta tidak pernah dikreditkan atau beliau sendiri tunaikan cek itu di mana-mana bank.
Tok Mat bertanya pegawai SPRM, kenapa bertindak mendakwa semua pemimpin Umno dengan pertuduhan tidak masuk akal dan bukti direka-reka.
Sangat mengejutkan bila pegawai SPRM terbabit hanya jawab, “Kami hanya mengikut arahan Kak Tipah“!!!
Apakah ini bermaksud, kini SPRM tidak lagi mementingkan soal betul atau salah!!!
Semua tindakan adalah semata-mata di atas arahan dan mereka tidak mempunyai hak untuk persoalkan!!!
Siapa pula yang memberikan arahan kepada Latheefa Koya?
Apakah semua itu adalah “cooked up evidence”, yang direka-reka SPRM kerana pendakwa tak akan membuat pendakwaan jika IP itu tidak lengkap tanpa bahan bukti?
Sama ada cek itu tulen atau palsu, tidak lagi menjadi isunya.
Yang penting, apabila seseorang terutamanya pemimpin politik dituduh di mahkamah, septikal masyarakat beranggapan orang itu bersalah!!!
SPRM sedang menjalankan “trial by media“, sama seperti yang dilakukan oleh Latheefa Koya dalam isu pendedahan rakaman audio DS Najib.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya berdendam kerana Tok Mat dan TS Sharir Samad jadi ketua yang kumpulkan 32 Ketua Bahagian untuk saman balik SPRM.
Di mana kredibiliti SPRM sebagai badan penguatkuasa yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan tugas dengan penuh kejujuran dan amanah.
Atau apa mungkin istilah jujur dan amanah sudah dibuang dalam kamus SPRM?
Di mana integriti SPRM sebagai badan penguatkuasa yang dipertanggungjawabkan untuk menegakkan Kedaulatan Undang-Undang atau SPRM menggunakan undang-undang yang berbeza dalam menjalankan tugas mereka?
Latheefa Koya dan para pegawai SPRM boleh bermain dan memanipulasi undang-undang dunia semata-mata untuk menganiayai seteru politik.
Namun ingat, kuasa yang ada pada kamu semua adalah pinjaman dari Allah SWT.
Allah SWT yang memberi kamu kuasa, maka Allah SWT boleh mencabutnya pada bila-bila masa dan kebiasaannya, bila sampai masanya untuk Allah SWT mencabut kuasa yang dipinjamkanNya, maka ianya akan diiringi dengan azabNya.
Kerana Allah SWT sudah memberi peringatan dalam Al-Quran :
وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِن شَكَرْتُمْ لأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ
Mafhumnya :
Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: “Demi sesungguhnya!”
“Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras”.
Surah Ibrahim : Ayat 7
Dari FB Yuseri Yusoff