Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini mengesahkan 3 kes positif novel koronavirus (2019 nCOV).
Menterinya Kesihatan berkata, 3 kes tersebut merupakan keluarga terdekat kepada kes positif di Singapura yang melibatkan seorang lelaki berusia 66 tahun dari Wuhan, China.
“Ujian pengesanan dan pengesahan bagi kesemua mereka diperolehi dari pihak Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) Sungai Buloh lewat malam semalam,” katanya pada satu sidang media di sini, hari ini.
Tiga yang terlibat merupakan seorang wanita berusia 65 tahun, yang merupakan isteri pesakit di Singapura itu, dan dua cucu lelakinya.