SHAH ALAM: Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) mahu Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengakui kelemahan pentadbirannya apabila banyak syarikat milik kerajaan negeri itu mengalami kerugian sejak ditadbir Pakatan Rakyat.
Pengerusinya, Hamidzun Khairuddin berkata, pendedahan terbaru laporan audit bahawa Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) mengalami kerugian RM122.25 juta sebelum cukai bagi 2009, berbanding keuntungan sebelum cukai RM34.45 juta pada 2008 membuktikan kegagalan Abdul Khalid dan Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim.