SIBU 28 Okt. – Orang ramai teru tamanya yang tinggal di kawasan rendah atau tebing di Sungai Rajang diingatkan supaya sentiasa menga mbil langkah berjaga-jaga bagi menghadapi sebarang kemungki nan bencana banjir.
Pengerusi Jawatankuasa Bantu an Bencana Bahagian Sibu, Sim Kok Kee berkata, orang ramai juga di nasihatkan supaya menyimpan dokumen penting dan barang berharga di kawasan yang lebih tinggi.
“Pada masa sama, peralatan elek trik juga harus disimpan di tempat selamat agar tidak terkena air banjir bagi mengelak kerugian harta ben da,” katanya kepada pemberita di sini semalam.
Dalam pada itu, Kok Kee yang juga Residen Bahagian Sibu mem beritahu, paras air di hulu Sungai Rajang kekal di bawah tahap ber jaga-jaga meskipun hujan lebat tu run berterusan sejak seminggu lalu di sini.
Katanya, berdasarkan laporan Ja batan Pengairan dan Saliran (JPS), paras air Sungai Rajang masih di bawah paras berjaga-jaga dan paras dari kawasan hulu juga tidak tinggi.
“Justeru, orang ramai tidak perlu bimbang memandangkan keadaan ketika ini adalah terkawal.
“Bagaimanapun, Pejabat Residen dan Pejabat Daerah bersama-sama Jawatankuasa Bantuan Bencana sentiasa bersedia menghadapi se barang kemungkinan termasuk banjir dalam tempoh ini,” ujarnya.
Dalam perkembangan yang sa ma, Ketua Bomba Sibu Abdul Mu talib Rashid memberi jaminan, ja batan itu bersedia untuk mengha dapi kemungkinan banjir sekiranya keadaan cuaca menjadi semakin bu ruk.
“Kami mempunyai empat bot aluminium dan satu kevlar untuk menyelamat dan misi pemindahan.
“Semua anggota kami kini di letakkan dalam keadaan bersiap se dia 24 jam untuk menghadapi se barang kemungkinan,” katanya.