Menurut perangkaan tahun lepas jepun meninggalkan Malaysia dalam jumlah ketibaan pelancongan, sedangkan mereka hanya mempunyai separuh daripada jumlah ketibaan pelancong ke negara itu berbanding Malaysia 6 tahun lalu.
Sekarang Singapura dan vietnam semakin pantas menerima kedatangan pelancong, adalah dijangkakan akan meninggalkan kita dalam masa dua tahun jika kita masih kekal dengan jumlah ketibaan pelancong di bawah 30 juta.
Kita benar-benar perlu buat sesuatu tindakan kerana negara Asia yang lain sedang memecut dua kali ganda menerima kedatangan pelancong sedang kita tidak berubah dengan jumlah 25 hingga 30 juta untuk sekian lama.
Malaysia masih mengharap kepada India dan China yang merupakan jumlah pelancongan terbesar tetapi dalam masa yang sama hubungan diplomasi kita dengan dua negara tersebut kian renggang menyebabkan pelancong dari kedua negara beralih ke Thailand.