Ketua UMNO Bahagian Parit Buntar, Datuk Abdul Raman Suliman, 62, meninggal dunia selepas rebah di rumahnya di Kampung Kedah, Parit Buntar, lewat malam tadi.
Allahyarham ditemui rebah pada kira-kira jam 10.30 malam selepas baru pulang daripada menghadiri mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Perak di Ipoh.