- Dari jumlah kes-kes baru, 131 dikaitkan dengan Church of Jesus di Daegu
- Korea Selatan juga melaporkan kematian coronavirus kedua, dan tiga kes pertama melibatkan tenteranya
Hari ini (22 Feb), 229 kes baru dicatatkan dengan 75% kes. Peningkatan enam kali ganda jangkitan virus dalam empat hari kepada 346, kebanyakannya dikaitkan dengan sebuah gereja dan sebuah hospital di dalam dan sekitar bandar terbesar keempat di mana sekolah-sekolah ditutup dan gereja serta lain-lain dinasihatkan untuk mengelakkan sebarang perhimpunan.
Jumlah kes COVID-19 di Korea Selatan sudah meningkat dengan mendadak kepada 433 kes.
Lebih 150 anggota Shincheonji Church of Jesus kini sudah menjangkiti virus itu. Ia bermula daripada seorang wanita berusia 61 tahun yang mengalami demam pada 10 Feb tetapi masih menghadiri sekurang-kurangnya empat sesi gereja di Daegu sebelum disahkan menghidap virus tersebut.
Namun pihak berkuasa Korea Selatan masih mengekalkan tahap amaran di paras jingga iaitu yang ketiga paling tinggi.
Sementara itu usaha mengawal jangkitan COVID-19 masih diteruskan untuk membendung penularan yang cepat itu.
Kes-kes baru juga sudah dilaporkan di Jeju dan Chung-cheong.
Sejauh ini dua kematian sudah dicatatkan di Korea Selatan.
– Agensi berita/AA/na