Pengerusi UDA Holdings Berhad, Datuk Hisham Hamdan telah dikesan positif Covid-19.
Dalam notis dalaman yang dikeluarkan oleh UDA, syarikat itu menasihati mana-mana individu yang berhubungan langsung dengan Hisham supaya menjalani pemeriksaan di klinik kesihatan atau hospital kerajaan berdekatan, terutama yang mengalami simptom demam panas, sakit tekak dan lain-lain.
Beliau dikatakan telah menghadiri Majlis Apresiasi pada 27 Februari lalu di Hotel Ancasa Kuala Lumpur.
Mereka diminta tidak mendedahkan diri dengan orang lain.
Notis itu turut meminta semua pihak bertenang dalam menghadapi situasi tersebut.