Mengapa hendak tamak sangat? Patut yang tidak dapat jawatan bersabarlah dulu.
Bagus kedudukan UMNO sekarang kita bukan perancang dasar kerajaan. Kita buat kerja mana yang potfolio kita dapat saja. Biar rakyat menilai.
Yang tidak ada potfolio ini turun ke bawah terangkan bahawa kerajaan ini ditubuhkan atas titah perintah DYMM SPB YDP Agong yang tidak mahu Parlimen dibubarkan dalam keadaan penyebaran wabak Covid19.
Malulah asyik sembang pasal jawatan. Kata berjuang untuk agama, bangsa dan negara.
Kata Muafakat Nasional, Pas tenang saja, kita dah jadi macam monyet.
Perangai sesetengah pemimpin UMNO ini macam hendak cipta kebencian rakyat kepada kita semula. Ambillah pengajaran kalah tempoh hari.
Oleh Ab Jalil Backer