Man City terus kukuhkan kedudukan
LONDON: Manchester City terus mempertahankan rekod tanpa kalah musim ini apabila menang 3-2 ke atas Queens Park Rangers di Loftus Road, awal pagi tadi.
Gol kemenangan City diperoleh menerusi Yaya Toure pada minit ke-73 selepas QPR membuka jaringan menerusi Jay Bothroyd.
City membalas jaringan itu menerusi Edin Dzeko David Silva untuk menjadikan kedudukan 2-1 pada separuh masa pertama.
Bothroyd kemudian menyamakan kedudukan pada separuh masa kedua sebelum Toure memberi tiga mata penuh buat City.
Man Utd 1 Sunderland 0;
Newcastle 2 Everton 1;
Liverpool 0 Swansea 0;
Arsenal 3 West Brom 3;
Blackburn 0 Chelsea 1;
Aston Villa 3 Norwich 2.