KITA tidak mempunyai ahli sihir yang dapat melihat ke ‘benih masa’ untuk memberitahu apa yang menanti dihadapan.
Tapi pandemik Covid-19 sudah pasti mengubah gaya hidup kita, bukan hanya di Seri Petaling atau Kuala Lumpur atau Wuhan, bahkan di seluruh dunia.
Ada yang meramalkan pendemik ini adalah permulaan kepada berakhirnya era globalisasi. Dunia yang berhubung dan tanpa sempadan nampaknya hanya satu kenangan.
Seperti kenangan kepada Tembok Berlin untuk orang-orang kiri.
Perintah berkurung berbelas hari menyebabkan saya membaca semuanya, dari yang lucu kepada yang berat, mengenai apa selepas ini.
Banyak pemikir dunia meramalkan Covid-19 akan memberi kekuatan baru kepada ‘Arus Kanan’ dan semangat baru kepada nasionalisme.
Kerajaan-kerajaan samada di negara demokrasi liberal atau berpelembagaan atau demokrasi autoritarian (Singapura) apatah lagi negara komunis seperti China dan Russia juga negara teologi seperti Iran, Brutan, Thailand dan Brunie, semua menggunakan langkah-langkah kecemasan untuk menguruskan krisis, dan mengekalkannya seberapa mungkin selepas krisis berakhir.
COVID-19 juga akan mempercepatkan penghakisan pengaruh Barat terhadap dunia, dari tamadun serba tahu selepas Perang Dunia Kedua, negara-negara Barat, Amerika dan Eropah, ‘terciduk’ dengan kepantasan pandemik ini merebak.
Kita melihat tidak balas lebih pantas dan terbaik daripada negara-negara Asia, Korea Selatan dan Singapura wajar dipuji kerana itu, dan China walaupun pada separuh masa pertama telah melakukan ‘blunder’ kerana lambat menutup Wuhan dan Hubei, tapi berjaya ‘control game’ selepas separuh masa kedua.
Bandingkan dengan Amerika Syarikat, United Kingdom, Italy, Jerman yang selama ini dianggap sebagai negara rujukan dunia.
Di Italy ketika saya menulis ini, jumlah kematian kerana Covid19 melebihi 10,000.
Di UK, Putera Mahkota dan Perdana Menteri merupakan antara mangsanya.
Di Amerika lebih 100,000 kes kini direkodkan dengan jumlah kematian menghampiri 3,000 orang.
Tanggapan di Eropah dan Amerika lambat seperti kerbau besar untuk melakukan tindakan pantas telah mencalarkan jenama “Barat”.
Barat gagal lebih awal dari dijangka.Dengan rakyat di berbagai negara mahukan kerajaan bertindak melindungi mereka, COVID-19 akan mewujudkan dunia yang kurang terbuka, kurang makmur, dan tidak bebas.
Umat manusia pada 2020 sedang meniti jalan baru yang kurang berbahagia.
Oleh Helme Hanafi
29/3/2020