Polis merekod keterangan bekas Pengerusi Majlis Peguam Malaysia, Datuk S Anbiga selama setengah jam di Pejabat Tenaganita, di sini bagi membantu siasatan berhubung penganjuran Program Seksualiti Merdeka.
Empat pegawai polis dari IPD Brickfields dilihat memasuki premis berkenaan pada jam 4.05 petang sebelum keluar kira-kira setengah jam kemudian.