Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bukanlah masa untuk ahli politik mendapatkan publisiti murahan.
Penyertaan Zuraida pada hari Isnin (30 Mac) yang memakai pakaian pelindungan diri (PPE) dengan tulisan MENTERI dalam menjalankan pembasmian kuman yang dijalankan oleh kementeriannya di Petaling Jaya lebih kepada gimik murahan yang menjadi bahan belasahan netizen.
Netizen berpendapat saat genting begini, menteri tidak sepatutnya membuang masa dan menghimpun orang ramai untuk membuat gimik pelancaran.
Beliau harus tidak melakukan kerja sia-sia membazir PPE (pakaian) dan pegawainya yang sepatutnya boleh digunakan untuk membantu barisan hadapan.
Penyertaan Zuraida dalam kerja sanitasi menyumbang kepada masalah kekurangan PPE di seluruh negara.
Menteri yang tidak terlibat sebagai barisan hadapan, juga akan menyebabkan pembaziran sumber di hospital kerajaan yang sedang menghadapi masalah kekurangan PPE.
Penyertaan Zuraida menyumbang kepada pembaziran tenaga kerja, kerana pegawai dikehendaki mematuhi protokol tertentu kerajaan untuk acara melibatkan menteri.
Sebagai contoh sesetengah pegawai yang sepatutnya bekerja terpaksa digunakan untuk tujuan mengiring dan membantu menteri dalam gimik itu.