Masalahnya bila pemimpin buat silap, akan ada yang mempertahankannya
Adakah mereka ini kebal dari virus sehingga melanggar dasar yang dibuat oleh kementerian sendiri
Saya kecewa kerana sebagai rakyat biasa kita patuh pada arahan PKP dan patuh pada penjarakkan sosial tapi nampaknya YB Timbalan Menteri Kesihatan dalam lawatannya ke Maahad Tahfiz Lenggong langsung tidak mematuhi sebarang SOP yang KKM sendiri usahakan.
Adakah kita mampu menghentikan rantaian Covid-19 ini disaat Timbalan Menteri dan rombongannya mempunyai imuniti terhadap segala macam peraturan PKP yang ditetapkan?
Berapa ramai agaknya yang mengikuti rombongan Timbalan Menteri ini akan didakwa atau kesemuanya mempunyai surat sakti mereka boleh kemana sahaja dan buat apa sahaja atas tiket mereka frontliner Covid-19?
Adakah mereka ini ada imuniti terhadap virus Covid-19? Ada masa untuk raikan rombongan Menteri dan saya harap Dr Adham Baba mengambil serius perkara ini.
One after another, dapatkan political mileage cara lain. Nak buktikan anda lebih sibuk dari orang lain? Berapa ramai rakyat yang telah dipenjarakan dan didenda kerana tidak mematuhi arahan PKP?
Adakah ada dua set peraturan yang berbeza?
Facebook Abdullah Pak Lah MY
………
Timb. Menteri Kesihatan telah menghina dan mengkhianati @DGHisham dan seluruh anggota ‘frontliners’ serta seluruh rakyat Malaysia kerana melanggar undang-undang Negara.
Ayuh kita buat laporan polis terhadap pengkhianat ini dan kita desak agar YAB PM Tan Sri Muhyiddin Bin Mohd.Yassin (Official) utk memecat beliau kerana melanggar undang-undang Negara.
Negara ini tidak harus ada dua set Undang-undang yang berbeza !!