Satu pesanan suara didakwa milik Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Batu Datuk Norhizam Hassan Baktee memaki hamun rakan sejawatan daripada bekas partinya, DAP tular di laman sosial.
Rakaman suara tersebut dikatakan dituju kepada Adun Kota Laksamana Low Chee Leong selepas wakil rakyat DAP itu didakwa mengkritiknya berkaitan isu bantuan kepada rakyat.
“Kenapa kamu nak maki orang (saya) anjing saya pun tak ada maki kamu babi.
“Kalau kamu rasa orang itu tidak makan, kamu panggil datang jumpa saya.
“Covid-19 kita tak boleh keluar rumah, bodoh, jadi kita bertindak ikut laporan. Apa itu pengundi tak tahukah?” memetik kata-kata daripada rakaman tersebut.
Sementara itu, rakaman suara tersebut turut mendakwa Chee Leong gagal menjalankan tugas sebagai exco kesihatan dan anti dadah yang pernah disandang sebelum ini.
Menyifatkan dirinya tidak pernah mengganggu tugas individu lain, rakaman suara itu turut menegur beberapa wakil rakyat DAP agar bersemuka dengannya jika tidak berpuas hati dengan sesuatu perkara.
“Saya bukan lompat (parti), bodoh. Pakatan Harapan sudah habis. Empat petang kerajaan sudah tak ada lagi. Itu saya lompatkah?”
Low Chee Leong dilihat membuat satu hantaran menghasut pengikutnya untuk mengecam Norhizam, sebaliknya beliau yang menerima kecaman daripada netizen. – Projekmm
Facebook Low Chee Leong
https://www.facebook.com/158196014788138/posts/606279546646447