Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan akan memberi kerjasama dalam siasatan terbaharu dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata pihaknya akan memastikan warga kementerian sentiasa menitikberatkan nilai integriti sepenuhnya.
“KKM sentiasa memantau dan memastikan jati diri serta integriti warga KKM berada pada tahap terbaik.
“Justeru, KKM akan sentiasa menyokong penuh usaha SPRM membasmi gejala rasuah serta penyelewengan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Berita berkaitan
SPRM Siasat Pegawai Tinggi Kementerian Kesihatan? (Kluster PTD?)
https://pakdin.my/sprm-siasat-pegawai-tinggi-kementerian-kesihatan-kluster-ptdhttps://pakdin.my/sprm-siasat-pegawai-tinggi-kementerian-kesihatan-kluster-ptd