Dan sebagai mengiktiraf peranan media sosial – Perdana Menteri membayangkan kemungkinan pemimpin yang digemari di alam maya – dijadikan antara kriteria pemilihan calon BN pada Pilihan Raya Umum ke-13.
DATUK SERI MOHD NAJIB TUN RAZAK / PERDANA MENTERI
“Saya tak boleh guarantee semua calon BN kriteria ini kita gunakan, tapi jika aktif dalam bidang ini ada markah bonus kita gunakan. Kita kumpulkan bonus point dia sebab kita nak winnable candidate calon BN dan candidate ni mesti diterima generasi baru”.
Datuk Seri Mohd Najib menjelaskan – kriteria itu penting kerana generasi baru berusia antara 21 hingga 35 tahun adalah kumpulan terbesar pengundi berdaftar.
Sehubungan itu, sesiapa yang berjaya memenangi hati mereka pasti berupaya memenangi pilihan raya umum akan datang.