Perdana Menteri kemudian memperincikan tugas bala tentera berkenaan – untuk menegakkan kebenaran dan menangkis gelombang fitnah serta pembohongan pembangkang.
Beliau yakin, kerajaan akan menerima sokongan lebih padu jika BN berupaya menangani gelombang itu.
DATUK SERI MOHD NAJIB TUN RAZAK / PERDANA MENTERI
“Peranan pejuang alam maya ini bala tentera media sosial yg akan turun padang tetapi turun padang bukan singsing seluar dan lengan tetapi keluarkan I-pad, BB, I-phone, komputer riba. Inilah senjata bala tentera media sosial baru”.
Bagi memastikan keberkesanan strategi baru itu, Datuk Seri Mohd Najib meminta sukarelawan My Voice Satu Malaysia bersatu bukan sahaja di dunia realiti, tetapi juga di alam maya.
Menurutnya, perpecahan akan memudahkan pembangkang mengelirukan rakyat dengan menyebarkan fitnah berulang kali di media sosial hingga dianggap sebagai kebenaran.