Sedang tular di media sosial sekeping gambar menunjukkan sebuah Perodua Myvi putih atas landasan kereta api yang mengundang pelbagai komen lucu dan sinis.
Gambar tersebut dikaitkan dengan PKP yang kononnya kereta tersebut hendah balik ke kampung merentas negeri. Hendak mengelak sekatan jalan raya, pemandu menggunakan landasan keretapi.
Cerita sebenar gambar tersebut sebenarnya berlaku pada 19 Mei 2019.dan memetik laporan Berita Harian, kereta tersebut dipandu seorang lelaki dari arah Bagan sebelum terbabas memasuki rel kereta api pelabuhan di Pangkalan Kontena Butterworth Utara (PKBU). Difahamkan lelaki berkenaan mabuk hingga tidak dapat mengecam antara pengadang plaza tol dengan pengadang timbangan lori di pelabuhan tersebut.
Bagaimanapun lelaki tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan dan dapat keluar sendiri dari keretanya tanpa bantuan orang lain. Tiada kerosakan berlaku pada rel kereta api dan insiden pelik tapi benar itu hanya dilaporkan kepada pasukan polis pelabuhan dan tiada tindakan lanjut diambil ke atas pemandu terbabit.